Berminat menyertai Team Takaful INFAQ?

Rebut Peluang Menjadi Usahawan & Perunding Takaful yang berjaya di INFAQ Consultancy

Bisnes sebagai perunding takaful tidak menjanjikan bulan, bintang mahupun matahari.

Ia sama seperti bisnes-bisnes lain yang ada di dunia ini yang memerlukan komitmen dan kesungguhan untuk berjaya.

Cuma beberapa kelebihan yang ada dalam bisnes takaful ialah;

1. Modal yang rendah.

Dengan hanya bermodalkan RM80 untuk menduduki peperiksaan, kita sudah boleh memulakan kerjaya ini. Tidak perlu menyimpan stok membeli produk, dan tidak perlu menyewa pejabat – yang selalunya perlu difikirkan oleh usahawan dalam bidang lain.

2. Sistem yang sudah sedia ada.

Industri insurans sudah wujud sejak beribu tahun. Jadi, sudah wujud pelbagai sistem-sistem bisnes yang sudah terbukti keberkesanannya. Ia termasuk sistem latihan, sistem sokongan bisnes, sistem IT, sistem pengrekrutan dan pelbagai sistem lagi. Tinggal lagi usahawan baru melibatkan diri ke dalam sistem ini untuk berjaya.

3. Potensi peningkatan kerjaya.

Dengan bermula sebagai perunding takaful, kita berpeluang meningkat sebagai Pengurus Agensi dan Pengurus Agensi Kumpulan dengan membina bisnes yang lebih besar. Selain itu, para usahawan juga berpeluang meningkatkan profesionalisma dengan mendapatkan tauliah profesional seperti IFP (Islamic Financial Planner), CFP (Certified Financial Planner), RFP (Registered Financial Planner) dan lain-lain lagi.

Kenapa INFAQ Consultancy?

Kami akan bantu dan pastikan perunding INFAQ dengan kaedah dan pendekatan yang betul, sama ada sepenuh masa atau sambilan.

Latihan dan sistem sudah tersedia serta terbukti berkesan, tinggal usaha saudara dan saudari sahaja.

Kami hanya perlukan yang betul serius sahaja untuk agen takaful.

Kenali program INFAQ Consultancy

Latihan dan sesi perbincangan

Lunch Top Achiever dan Family Day

Jika ingin menyertai Team Takaful INFAQ, boleh hadiri program ini

Takaful Entrepreneurship Program (TEP)
Selasa, 03 April 2018
8:00 mlm
INFAQ, Batu Caves

Jika anda serius untuk tahu potensi Team INFAQ consultancy.

Mohon isi maklumat dibawah :

Kerjaya takaful

6 thoughts on “Kerjaya takaful

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *