Medical Card Arwah Ayah Boleh Buat Beli Beras?

Saya tersentap membaca kartun ini.

Saya membayangkan “arwah ayah” ialah diri saya sendiri.

Ia mirip kes yang pernah saya terima tentang seorang balu dan beberapa yang kehilangan suami.

Cuma bezanya dalam kartun, arwah suami melanggan medical card dan dalam kes yang saya akan ceritakan ialah polisi insurans pendidikan.

Ceritanya begini;

Sebuah keluarga baru kehilangan suami dan ayah.

Arwah meninggalkan seorang balu yang bekerja sebagai suri rumah dan beberapa orang anak. Saya tak ingat jumlah anaknya, tapi lebih dari 2 orang.

Arwah suaminya seorang yang kaya. Beliau seorang usahawan dan kontraktor, ambil LEBIH dari SATU POLISI INSURANS.

MALANGNYA, semua polisi yang diambil adalah POLISI INSURANS PENDIDIKAN.

Jadi, apabila kematian arwah, apakah manfaat yang diperolehi oleh balu dan anak-anak yatim yang ditinggalkan?

Hanyalah MANFAAT SAMBUNG BAYAR / WAIVER OF CONTRIBUTION.

Walhal, jika bajet yang sama diambil untuk melanggan LIFE POLICY / INCOME PROTECTION, sekurang-kurangnya dapat sedikit pampasan untuk membeli beras….

Hendak dijadikan cerita, rumah yang mereka duduki ialah rumah yang dibina oleh arwah suami selaku seorang kontraktor (bukan dibeli melalui fasiliti bank), dan DICAGARKAN kepada bank untuk pinjaman perniagaan arwah.

Maka bank mengambil rumah tersebut dan balu bersama anak-anak malang itu terpaksa meninggalkan rumah tersebut…..

Itu kisah lama, diceritakan oleh seorang rakan yang pernah bertugas di sebuah syarikat amanah yang menguruskan kes arwah.

“saya mempunyai bajet terhad untuk melanggan takaful, mana yang lebih penting antara medical card atau income protection?”

Mana yang lebih penting antara income protection dan medical card?”.

Ini antara skema jawapan saya:

  1. Yang terbaik ialah ada kedua-duanya. Income protection bersamaan 10 tahun pendapatan, dan medical card fokus kepada annual limit, bukan lifetime limit.
  2. Jika kekurangan bajet, ambil kedua-duanya dengan bajet yang ada.
  3. Jika bajet sangat-sangat ketat, utamakan income protection dan apabila ada bajet kelak, boleh tambah medical card.

Kenapa?

Sebab jika tiada medical card, kita masih ada alternatif hospital kerajaan. 

Tapi jika tiada income protection, tiada alternatif selain terpaksa menggadaikan aset yang ada atau mungkin meminta derma.

Solusinya, Cuba ini

Dengan bajet RM 83.48 sebulan

untuk peserta Umur 30, Bergaji RM3,000 sebulan

(Ini hanya contoh untuk umur 30. Jika umur lebih 30 maka lebih tinggi caruman)

Manfaat Perlindungan adalah

  1. Kematian Semulajadi : RM360,000
  2. Kematian Sakit : RM360,000
  3. Kematian Kemalangan : RM360,000
  4. Cacat & Lumpuh Kekal : RM360,000
  5. TIADA Had jenis pekerjaan
  6. Pampasan boleh dihibahkan kepada yang tersayang.

KENAPA perlu RM360,000?

Cara kira income protection

Gaji x 12 bulan x 10 tahun = Nilai pampasan

Fungsi Income protection untuk menggantikan pendapatan yang hilang akibat ditimpa musibah kematian dan lumpuh

Siapa yang perlukan Income protection?

Pencari nafkah yang menyara keluarga, iaitu:

1.Pasangan suami/isteri yang bekerja.
2.Mempunyai anak-anak yang masih kecil.
3.Pasangannya suami/isteri yang tidak bekerja

Berminat ?

untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini,

Mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah :

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
perlindungan pendapatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *