SEMINAR BIJAK MERANCANG WANG

#seminarBMW

Bagaimana Mengurus Duit Dengan Bijak.
Pelajari ilmu urus wang menghadapi zaman gawat sebelum malapetaka yg lebih teruk. Ketahui teknik merancang kewangan daripada perancang kewangan bertauliah Islamic Financial Planner (IFP), Sdra Afyan Mat Rawi.
Afyan MAT RAWI, IFP
Perunding Kanan INFAQ Consultancy Sdn Bhd

Kalau anda sedang menghadapi masalah kewangan, hutang bertambah, tak tahu nak urus duit…

‘Strategi ini’ boleh jadi game-changer untuk anda.

Dengan ‘strategi ini’, anda akan mula melihat perubahan.

Kawan-kawan terkejut. Mereka kagum dengan apa yang berlaku. Bahkan ada yang terkesima.

Anda kini sudah keluar dari belenggu kesusahan dan mula menikmati…

Cash Flow Yang Stabil, Hidup Bebas Dari Hutang, Tidak Mudah Tertipu Dengan Skim Sontot

Macam mana?

Apa yang akan saya beritahu anda ini adalah satu strategi pengurusan kewangan yang terbukti berkesan.

Ini bukan teori.

Bahkan sudah diamalkan oleh ramai anak murid saya.

Walaupun anda tidak ada asas dalam kewangan.

Atau anda tidak pernah belajar apa-apa pun tentang kewangan sebelum ini – TIDAK ADA MASALAH.

Menarik?

Lebih menarik, ilmu yang bakal anda miliki ini boleh dperturunkan kepada anak-anak dan keluarga anda.

Pasti anda tertanya-tanya, strategi apa yang saya maksudkan ini. Strategi pengurusan kewangan ini dikenali sebagai #SeminarBMW

Ilmu ini bukan ilmu biasa-biasa.
Bukan ilmu teori.
Bukan ilmu sembang kencang.

Ilmu ini adalah ilmu praktikal.
Hasil daripada pengalaman saya selama 18 tahun sebagai penasihat kewangan bertauliah.

Ilmu ini akan tunjukkan CARA YANG BETUL MENGURUSKAN DUIT ANDA.

Apabila anda sedar dan tahu cara urus duit,
anda tidak akan mudah terikut-ikut dengan trend semasa.

Orang main saham, anda nak main saham…
Orang buka kafe, anda nak buka kafe…
Orang join MLM, anda nak join MLM…

Anda juga tahu bagaimana melindungi harta anda (wealth protection).
Ilmu ini adalah ilmu yang orang kita sering pandang remeh. Tak ambil peduli.
Sedangkan ilmu inilah yang akan menyelamatkan keluarga anda nanti.

Senang cerita, BMW akan membantu anda:

  • Membuat perancangan dan menguruskan kewangan mengikut strategi yang betul.
  • Membuat pilihan yang tepat sebelum mengambil mana-mana produk kewangan seperti unit trust, takaful.
  • Menjadi ‘kebal’ daripda terpengaruh dengan ajakan macam-macam skim cepat kaya yang merugikan.

Sebagaimana Yang Pernah Disaksikan Di:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nama saya Afyan Mat Rawi.

Kita mungkin pernah bertemu…

Anda mungkin pernah lihat saya bersiaran di TV3, TV Al-Hijrah.
Atau anda pernah dengar perkongsian saya di Bernama Radio, Kool FM.

 

Atau anda mengikuti penulisan saya di MajalahNiaga.com, Harian Metro, Majalah Solusi, Majalah Labur, Prospek Hartanah Malaysia, The Vocket.

Saya mula terlibat dalam dunia kewangan ini seawal tahun 2003.

Saya sudah kendalikan ratusan bengkel kewangan.
Sudah jumpa ramai klien untuk bantu mereka uruskan kewangan.


Ada yang hutang keliling pinggang…
Ada yang asyik kena tipu dengan kawan-kawan…
Ada yang duit banyak tapi tak tahu nak buat apa…
Ada yang duit banyak tapi simpanan tak ada…


Macam-macam…

Sebab itu saya rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu kewangan.

Saya sudah tak sanggup lihat orang kita sengsara.

Setiap hari saya menulis perkongsian berkaitan kewangan di Facebook.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini sudah ada 127,894 orang mengikuti tulisan saya.

Kesemua ilmu yang saya kongsikan ini adalah daripada pengetahuan dan pengalaman sebenar.


Sekarang mari kita go deep tentang BMW Live…
Apa yang saya nak kongsikan dengan anda nanti…

MASUK GAJI, DUIT TERUS HILANG. TAK TAHU PERGI MANA

Duit masuk hari ini. Buka akaun bank. Senyum memanjang.

Selang beberapa hari bila semak bank, duit sudah hilang!

Bayar kereta…
Bayar rumah…
Bayar bil elektrik…
Bayar bil telefon…
Bayar sekolah anak-anak…


Hairan kenapalah gaji tak pernah cukup
Saving tak ada lansung.

Duit kecemasan?
Memang sah tak ada.

Betullah kajian kata hampir 80% orang Malaysia tidak ada wang kecemasan.

Kenyataan yang pahit untuk ditelan.
Tapi itulah kebenarannya.

Kenapa jadi begini…

Puncanya tidak ada ilmu merancang kewangan dengan betul.

Kita tahu cara nak cari duit.
Tapi tak tahu cara urus duit.

Ibarat tahu cara nak beli pen.
Tapi tak tahu cara nak guna pen.

Akhirnya pen itu terbuang begitu saja.

Dalam BMW Live ini saya akan buka kunci ilmu urus duit.
Bagaimana merancang pengurusan kewangan dengan betul.

Supaya anda boleh capai matlamat kewangan yang anda idam-idamkan.

KENA BUANG KERJA... TAK ADA DUIT NAK BAYAR HUTANG

Apabila berlaku kemelesetan ekonomi,
Dua perkara terburuk yang boleh terjadi adalah:

  1. 1 Perbelanjaan meningkat
  2. 2 Kena buang kerja

Kena buang kerja adalah situasi terburuk.
Anda hilang punca pendapatan.

Jadi macam mana mahu selesaikan komitmen bulanan…
Dalam keadaan tak ada sumber kewangan…

Nak pinjam duit ah-long…
Nak pinjam duit kawan…

Topik ini saya akan sentuh dalam BMW Live.

Ramai orang takut dengan bank.
Apabila bank telefon minta hutang, kita mula panik.

Walhal ada penyelesaian.

Lari dari masalah tidak akan menyelesaikan masalah.
Bahkan menambahkan lagi masalah.

Masalah itu perlu dihadapi.

Teruskan membaca.

KENAPALAH ASYIK KENA TIPU. KAWAN SATU SEKOLAH PUN TAK BOLEH PERCAYA!

Ini banyak sangat saya jumpa.

Kerana percaya pada kawan, masuk pelaburan.

Duit pelaburan pula bukan sikit.

Siap buat personal loan.

Alih-alih kawan tadi ghaib.
Tak dapat dihubungi.

Paling sedih duit pelaburan tadi pun hilang sekali.
Bank telefon hari-hari.

Pinjaman tetap kena bayar…

Ada pula kisah macam ini.

Ada orang datang. Dia beritahu,

“Tuan, investment ni sebulan lepas untung 30% tahu.
Kalau setahun, dah 360%! Rugi kalau tuan tak masuk sekarang”

Anda tengok 360! Wow!

Tahukah anda, sebenarnya tiada siapa pun boleh menjamin pulangan keuntungan dalam pelaburan.

Setiap pelaburan mempunyai risiko.

Apabila anda yang dipromosikan yang pulangan pelaburan ini sesuatu yang terjamin dan mudah untung… Berkemungkinan ini adalah “misleading”.

 

Senang cerita, IA MUNGKIN SCAM!

Jadi, bagaimana nak kenal pasti suatu pelaburan itu sah dan dipercayai?

Bagaimana pula nak elakkan diri dari terjebak dengan SKIM CEPAT SONTOT??

Dalam BMW Live kita akan sentuh topik ini.

Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana mahu kenal ciri-ciri scammer.

Dan apakah ciri-ciri pelaburan yang dipercayai.

Anda boleh tanya soalan terus.

Jangan malu-malu.

SAYA DAH SIMPAN DUIT SETIAP BULAN...TAPI TAK PERNAH CUKUP-CUKUP...KENAPA?

Masa sekolah dulu anda dapat duit belanja.

Anda bawa dan guna duit itu.

Baki daripada belanja itu baru anda simpan.

Jadi anda belanja dulu kemudian simpan.

Cara ini anda praktis sampai sekarang.

Dapat duit gaji, belanja dulu.

Baki yang ada baru simpan.

Kemudian anda tertanya-tanya kenapalah duit simpanan tak pernah cukup.

Cara yang betul adalah simpan dahulu kemudian belanja.

Katakanlah anda mahu simpan RM200 sebulan.

Maka apabila dapat gaji, cepat-cepat simpan RM200 sebulan.

Baki tadi gunakan untuk belanja perkara-perkara lain.

Teknik ini nampak mudah dan straight forward.

Tapi setiap kali saya sampaikan dalam BMW, ramai akan terkejut.

Mereka beritahu tak pernah terfikir pun cara ini.

SEBENARNYA BERAPA DUIT SAYA PATUT ADA SEKARANG INI? CUKUP KE 1 JUTA?

Ada seorang penulis pernah menemuramah orang kaya di Jepun.

Dia jumpa orang yang ada 1 juta.

Dia tanya, adakah kamu puas hati dengan kewangan kamu.

Jutawan itu kata tidak. Dia nak ada 10 juta.

Kemudian dia pergi cari orang yang ada 10 juta. Dia tanya soalan yang sama.

“Adakah kamu berpuas hati dengan 10 juta yang kamu ada”

Jutawan itu kata tidak.

Dia nak 100 juta.

Jadi saya nak tanya kepada anda soalan yang sama…

“Berapakah wang yang anda mahu ada sehingga anda berpuas hati?”

You see…

Manusia tidak akan pernah puas dengan apa yang ada.

Ini juga punca kenapa manusia senang terjebak dengan scammer
.
Scammer ambil kesempatan atas sifat tamak yang ada.

Kecukupan duit itu datang dari mindset yang betul.

Anda pernah dengar kisah orang kampung kaya?

Waktu itu kerajaan mahu bina KLIA
.
Maka kerajaan mahu beli tanah di kawasan itu.

Harga tanah cukup lumayan.

Orang kampung yang jual tanah itu terus jadi kaya raya.

Kemudian bermacam-macam agen pelaburan datang jumpa mereka.

Kesemua beri tawaran wang mereka akan berganda-ganda.

Maka mereka pun masuklah pelaburan itu.

Fast forward…

Ramai akhirnya merana.

Pelaburan tadi ternyata tidak bawa hasil.

Bahkan merugikan.

Saya sering sebut…

Mindset adalah alat berkuasa tinggi yang kita ada. Ala-ala superpower.

Apabila mindset kita betul, kita tahu nak buat apa.

Atau paling kurang kita tahu nak jumpa siapa.

Walaupun ilmu ini nampak simple,

namun kesannya luar biasa.

Bagaimana caranya nak bina mindset yang betul?

Kita cover dalam BMW Live nanti.

Kenapa LIVE?

Sebab saya percaya anda ada banyak soalan yang mahu ditanya.

Jadi selepas saya kongsi kesemua topik-topik ini,
anda boleh terus tanya.

Kita akan rungkai dan jawab satu persatu.

Anda berminat?

Teruskan membaca.

Ada tawaran yang sangat istimewa untuk anda.


Syaratnya, anda mesti buat tindakan sekarang.

APA YANG AKAN PELAJARI DALAM SEMINAR BMW

Program ini adalah program belajar dan buat. Ada 7 modul utama. Setiap modul ada video-video yang padat dan sarat. Apabila anda selesai mempelajari kesemua modul ini, anda akan melihat perubahan pada kecerdasan kewangan (Financial Intelligence).

Modul 1 : ALIRAN TUNAI KEWANGAN (CASHFLOW) 

Pernah dengar orang kata, “siapa ada cash, dia king!”. Cashflow yang kukuh akan membantu melancarkan hidup anda. Cashflow yang teruk pula memberikan kesan sebaliknya. Bagaimana nak mengurus cashflow? Saya akan ajarkan kepada anda Formula Kewangan Menggunakan Model INFAQ.

Modul 2 : NILAI ASET BERSIH (NETT WORTH)

Ini adalah modul menarik. Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana menghadapi situasi krisis macam sekarang. Siapa yang akan bayar hutang anda selepas anda meninggal dunia. Dan anda juga akan belajar Ibrah dari kisah Nabi Yusuf. 

Modul 3 : STRATEGI SIMPANAN KEWANGAN (SAVING)

Menurut kajian, hampir 80% rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan. Saya akan dedahkan kepada anda bagaimana cara menyimpan. Apakah strategi dan teknik yang efektif untuk mencapai matlamat simpanan anda.

Modul 4 : PERLINDUNGAN KEWANGAN (FINANCIAL PROTECTION)

Modul ini amat penting. Rramai tidak ambil berat dan melarikan diri apabila dengar tentang takaful. Saya akan terangkan fungsi takaful. Anda akan jelas tentang medical card dan penyakit kritikal. Paling penting anda sedar dan tahu bagaimana memilih polisi yang betul.

Modul 5 : PELABURAN KEWANGAN (INVESTMENT)

Ini ramai yang tersontot. Masuk skim cepat sontot. Dalam modul ini anda akan belajar bagaimana membuat pelaburan pertama. Anda juga akan kuasi ilmu panduan pelaburan amanah saham dan pelan persaraan. Saya juga akan tunjukkan kepada anda cara pengiraan ROI daripada pelaburan anda.

Modul 6 : PENYUCIAN HARTA (PURIFICATION)

Dalam modul ini terkandung pesanan yang berharga berkaitan kewangan dan kenapa anda perlu melakukan Hibah dan Waqaf, Perancangan Kewangan Akhirat. Sebagai seorang beragama Islam, ada lagi satu zakat yang digalakkan dilakukan.

Modul 7 : PEWARISAN DAN PUSAKA (INHERITANCE)

Untuk modul ini, kita akan teroka tajuk yang tak ramai orang kongsikan iaitu merancangan kewangan kematian. Anda akan belajar bagaimana merancang harta sepencarian dan isu berkaitan harta sepencarian. 

3

Seminar BMW

DAFTAR SEKARANG !

Jangan lepaskan peluang, seminar ini akan disampaikan 100% oleh Tuan Afyan Mat Rawi, IFP dari Perunding Kanan INFAQ Consultancy Sdn Bhd

Jemputan Seminar Bijak Merancang Wang (BMW)