AFYAN MAT RAWI merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia.
Beliau sekarang adalah trainer dan perunding kanan di INFAQ Consultancy Sdn Bhd, yang beroperasi di Lembah Klang.
Firma konsultan ini ditubuhkan beliau untuk menyediakan perkhidmatan dalam bidang servis kewangan serta konsultan untuk latihan kewangan dan pengurusan harta.
Malah beliau juga pernah tampil beberapa kali secara langsung dalam rancangan “Magnet Diri”, dan “Assalamualaikum”, “Maqasid Syariah” di TV Al-Hijrah, “Wanita Hari Ini”, “Syariah Meja Bulat” di TV3.