Marketing Representative ialah kerjaya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti
Beberapa maklumat penting guideline berkenaan Marketing Representative (MR)
Kelebihan Sebagai MR
- Memperkenalkan pelabur kepada platform pelaburan melalui Private Mandate Account (PMA)
- Kerjaya sebagai Marketing Representative juga berbeza daripada kerjaya sebagai ejen unit trust. Yang menariknya, ejen unit trust juga boleh berdaftar sebagai Marketing Representative dalam masa sama sebagai ejen unit trust.
- Biasanya, bagi ejen unit trust yang aktif akan mencadangkan dan membantu pelanggan untuk pemilihan dana dan lakukan switching. Tapi melalui platform ini, semuanya diuruskan oleh pengurus dana / fund manager yang berpengalaman, bermula daripada pemilihan dana, memantau prestasi dan switching.
- Selalunya ia menjadi cabaran besar bagi ejen unit trust untuk monitor dan mencadangkan switching kepada pelanggan. Tapi melalui platform ini, MR serahkan perkara tersebut kepada fund manager.
Kelebihan Kepada Pelabur
- Sales charge atau caj jualan untuk pelabur juga hanyalah 3% bagi pelaburan melalui KWSP atau pun tunai. Biasanya ia sales caj untuk pelaburan unit trust melalui KWSP menerusi ejen. Manakala bagi pelaburan unit trust secara tunai boleh mencecah ke 6%. Jadi, melalui platform ini, pelabur boleh jimatkan kos sales charge.
- Melalui platform ini, pelanggan boleh memilih untuk melabur menggunakan tunai atau KWSP. Bagi pelaburan tunai, minima RM50,000. Manakala bagi KWPS, boleh bermula dengan RM5,000 tapi perlu cukupkan RM30,000 dalam akaun pelaburan.
- Biasanya KWSP hanya boleh dilaburkan ke unit trust sahaja, tapi melalui platform ini pelabur boleh juga melabur ke pasaran saham. Jika pelaburan KWSP biasa yang melabur ke unit trust, pelaburan di sini boleh dipelbagaikan dalam satu portfolio unit trust. Dengan hanya satu platform, tapi boleh pelbagaikan.
- Sebenarnya yang paling menarik pelaburan ini ialah, akan ada pengurus dana daripada Phillip Capital yang akan menguruskan akaun pelabur secara aktif.
- Bagi pelaburan saham, pelabur boleh memiliki saham-saham global dan tempatan. Pelabur boleh memantau sendiri pelaburan mereka menggunakan portal yang dipanggil sebagai Financial Access Made Easy atau ringkasannya FAME. Portal ini disediakan oleh Phillip Capital. Melalui portal online ini, para pelanggan akan mengetahui kedudukan pelaburan atau nilai pelaburan pada setiap hari.
Berminat? Sila isi borang di bawah. Sama ada sebagai pelanggan atau sebagai MR.
- Berminat sebagai MR? Isi borang dibawah
- Berminat sebagai pelabur? Klik di sini