Ini banyak sangat saya jumpa.
Kerana percaya pada kawan, masuk pelaburan.
Duit pelaburan pula bukan sikit.
Siap buat personal loan.
Alih-alih kawan tadi ghaib.
Tak dapat dihubungi.
Paling sedih duit pelaburan tadi pun hilang sekali.
Bank telefon hari-hari.
Pinjaman tetap kena bayar…
Ada pula kisah macam ini.
Ada orang datang. Dia beritahu,
“Tuan, investment ni sebulan lepas untung 30% tahu.
Kalau setahun, dah 360%! Rugi kalau tuan tak masuk sekarang”
Anda tengok 360! Wow!
Tahukah anda, sebenarnya tiada siapa pun boleh menjamin pulangan keuntungan dalam pelaburan.
Setiap pelaburan mempunyai risiko.
Apabila anda yang dipromosikan yang pulangan pelaburan ini sesuatu yang terjamin dan mudah untung… Berkemungkinan ini adalah “misleading”.
Senang cerita, IA MUNGKIN SCAM!
Jadi, bagaimana nak kenal pasti suatu pelaburan itu sah dan dipercayai?
Bagaimana pula nak elakkan diri dari terjebak dengan SKIM CEPAT SONTOT??
Dalam BMW Live kita akan sentuh topik ini.
Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana mahu kenal ciri-ciri scammer.
Dan apakah ciri-ciri pelaburan yang dipercayai.
Anda boleh tanya soalan terus.
Jangan malu-malu.